Seripah Noli Syed Hussin

Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia (BN-UMNO) pada 2004, bekas anggota Exco Negeri Selangor, Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Selangor.Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kewangan di dalam Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University di Amerika Syarikat dan pada tahun 1992, beliau menerima Sijil Pengurusan Kewangan dari Swinburne University.Pada tahun 1997 Datin Paduka Seripah Noli menerima pingat Ahli Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (ASA) oleh Kerajaan Negeri Selangor dan pada tahun 2000, beliau menerima pingat Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) yang membawa gelaran Datin Paduka oleh Kerajaan Negeri Selangor.